ikut saye

Monday, January 31, 2011

Di sebalik tabir Devil May Cry 5 !

Pasti ada yang kat sini tau pasal game DEVIL MAY CRY kan?
andre memang follow game nih since dari 1 lagi, game nih seronok sebab
jalan citer dia memang best la.


Devil May Cry 4 Trailer

Dante, hero dan watak utama dalam game dmc, nih, dia merupakan demon+human
yang duduk di atas muka bumi ini melakukan kerja2 membunuh hantu2 yang terlepas dari hell gate nih.
Beliau juga merupakan anak kepada Son Of Sparda, lagenda demon yang paling handal bermain pedang.

Devil may Cry 1,2,3, dan 4 dah habis main, boleh kata dah paham abis la jalan citer nih, ala
macam tengok citer twilight la gak.

APA yang andre nak citer kat sini, Capcom dah release Trailer terbaru game nih
bertajuk D.M.C, eh nanti seminit! game nih kena reboot??? dan masalah yang
paling besar sekali Watak Dante pun kena tukar sekali, macam dalam filem la,
Hero james bond dulu2 tukar yang baru, memang tak BEST!!
malah, JALAN CITER GAK dorang tukar!! SAKIT HATI BETUL LAH!!

apa2 pun korang saksikan dulu Trailer nih :)
Trailer DMC yang baru

So, dah tengok? cam hampeh kan, capcom dah takde idea dah kut, sampai hitler
pun naik bengang ngan diorang nih!



                        Dante Old                          Dante New


Camner pun nak tengok gak hasil sepenuhnya game nih nanti,bagi chance la gak kat NINJA THEORY yang amik alih camnih, capcom cakap dorang stim bile tengok ninja nih buat game Heavenly Sword. So boleh nampak la perbezaan antara 2 developer nih nanti!

Thursday, January 27, 2011

left 4 plant vs zombie!!


PLANT VS ZOMBIE PORTABLE

Zomba, zomba, zombie!! semua orang xsuka zombie, diorang nye taste lain macam, suke main tengkuk dengan makan otak. tak kuasa aku, TERMASUKlah tumbuh-tumbuhan di muka bumi nih, dorang benci zombie gak, sebab zombie makan dorang sebagai pencuci mulut hahahaha

screenshot 1

screenshot 2

Ok, aku tau memang game nih agak lama dah, tapi seronok dia lain macam, seram pun ada gak, jangan main time korang sorang2 kat rumah!! lupe nak cakap game nih portable, and small size, boleh share ngan sape2 yang nak ok?? takat nih andre nak bagi game2 camni je, sebab nanti sampai masa nak fokus kat "heavy" game plak.

Jika berminat nak bunuh Zombie ini, sila ke link bawah!!

Pass untuk RAR file : www.firstflames.com

sila tinggalkan komen ada, sebarang pertanyaan di disini, jumpa lagi!!

Sunday, January 23, 2011

Jangan buat burung ini marah!!

Angry Birds for PC


Angry Birds untuk semua, game yang kelakar, lastik burung2 nih untuk pecahkan segala benda untuk dapatkan point, memang seronok, sesuai untuk SEMUA orang. Part yang best bile korang dapat dengar bunyi sound effect dia, pastu bunyi burung2 tuh, kelakar abis, abis diorang jadi mangsa hahaha.

screenshot dari Angry birds.



nak kata kejam, takde la juga, game dia korang kena lastikkan burung2 nih ke sasaran. masa korang lastik tuh korang bole kawal la pergerakan burung tuh untuk sampai ke sasaran dia :P macam biasa lah, size game nih kecik je, sesuai untuk notebook juga.

nih ada sedikit preview pasal angry birds nih, korang leh tengok dulu baru download ok? owh jangan lupa, game nih untuk platfom PC je ok, bukan untuk handphone :P

Angry Birds Preview

Amacam?? best tak? kalau korang berminat, boleh download game nih melalui link di bawah nih ^^
DONT FORGET TO SAY THANKS!
Angry Birds!! <-----kelik saya untuk marah burung nih!


Perhatian, kalau korang dapat error nih!!









Sila update korangnye graphic driver yang latest dari window update ok? rasanya window XP tiada masalah main game nih, kalau yang window7 la ok?

Saturday, January 22, 2011

Game melalui USB drive.

Hello semua, andre kambek! Orait, hari nih nak share sket dengan korang pasal mini game yang lengkap dengan ciri multiplayer, mini size plak tuh, letak dalam usb drive terus main pon boleh, sesuai la untuk orang yang bekerja tuh, bila time stress nih ajak Boss korang main sekali, kan best, bekerjasama. hahahaa.

orait, 1st terima kasih kepada the-mailserver dari forum lowyat.net yang kenalkan link nih dekat andre, portable je game dia, korang bole bawak kemana2 melalui USB pendrive.

Nih link dia andre kasi korang, untuk korang LAN memang sesuai kalau bosan2 :P tak besar pon size game nih, dalam lingkungan 40 - 60mb jer.

Frets On Fire

Poker Game


Assault Cube - Macam game counter strike
Warzone 2100 - Style Red Alert
Frets On Fire - yang ini best, macam guitar hero.
Game Poker - macam hold em poker kat fesbuk tuh.

Kalau korang nak request apa mini game ker, software ke, comment atau PM rite through dalam inbox ok!?
banyak lagi kalau boleh nak letak, tapi skit2 dulu, ehehehe, chaoozz!!

Thursday, January 20, 2011

Dah bosan dengan logo blog biasa? jom tukar!



Alrite, hello guys! jom kali nih andre nak ajar korang camner nak tukarkan icon blog default, contoh cam atas nih, rasanya ramai dah tahu, tapi saja nak try buat tutorial, poyo je baru gune screencoder nih, hahaha. 

sorry, time buat tutorial nih ngantuk, so paham2 ye, orait! kalau ada apa2 masalah tentang nih, jangan malu segan tanya ok? sedia membantu :P

Ah, lupa nak selitkan dalam tutorial tuh, pastikan korang backup dulu ok CODE TEMPALTE tuh, takut korang xtahu punca salah, korang boleh paste balik :)


panduan menukar logo blogger

simple jer, kalau korang xpaham, bagitau part mana k? maaf kalau video nih kecil =)

untuk code icon sila ambil di bawah ini. 
Pastikan korang letak  < pada awal code dan > di akhir code!

link href='tukar kepada link icon anda' rel='shortcut icon' type='image/vnd.microsoft.icon'/

contoh :



inspira lebih garang dari lancer?

Hello guys, just nak share dengan korang tentang proton terbaru nih, hehehe dulu penah post kat 1 laman web pasal kereta inspira dengan lancer, time tuh ramailah berdebat antara lancer dan inspira mana 1 hebat, pada pandangan umum, memang la lancer power, sebab kereta luar negara, kita pun tahu. XD

dalam debat tuh, andre ade cakap bagaimana inspira keluar on the road nanti, berhenti kat traffic light, ada plak mamat lancer kat sebelah, korang rasa sape yang lebih "eksyen"? yang membezakan hanya logo je :P

lakaran kartun inspira bertemu lancer

Masa launch day inspira nih keluar, andre pegi la pusat proton tuh tengok sendiri, nampak garang juga inspira, memang sama macam lancer, sambutan dia pon menggalakkan, rasanya kalau ada duit pon macam nak angkat 1 jer, hahaha. So apa pendapat korang, sokonglah kereta buatan malaysia, bagi andre, inspira nampak garang juga on the road.

Hari nih nampak 1 forum post gambar inspira dengan lancer sebelah2 dekat 1 simpang XD wahlau weh! sape la driver kereta tuh masing2? agak2 dorang pecut 180km/j terus tak lepas lampu hijau tuh? macam nak beracing plak.
lancer Vs Inspira.

Betul2 ada adegan camni di jalan raya, bertembung plak tuh, hehehe apa2 pun yang mempunyai inspira, jangan la plak yang buang badge proton tukar dengan lancer ye? tak cool la bro, anda da pkai inspira pon kami respek, sebab anda sokong kereta buatan malaysia. yosh!

P/S : harap2 lepas nih game racing2 lepas nih ada Add kereta dari PROTON!! macam superbike tuh, bangga ada logo proton dalam game!

Tuesday, January 18, 2011

Guitar hero Vs Rockband



Konichiwa! Orait malam nih andre nak citer pasal Game guitar, korang penah main tak? baiklah bagi yang xpernah, korang mesti kata apalah main guitar tipu, tak mencabar langsung. tak...sebenarnya korang salah, game guitar nih susah dari yang disangka, game nih ada 2, iaitu Guitar Hero dan Rockband, ini pilihan andre sebab game nih antara yang femes pon :P

Mula kita start dengan Guitar hero dulu, kalau di Ps3, terdapat 3instrument yang bole korang main, gitar, bass, ngan drum, oh, mic pon boleh, kalau nak nyanyi, memang handy, guitar dia ada 5button, tak susah, tak senang jugak, penah try bagi kat orang yan pandai main guitar betul, dorang pun cakap susah. Tetapi bila korang dah dapat tekan note dengan betul, korang pasti teruja sebab apa yang korang petik tuh rasa cam yang sebenar.

Nih sket preview pasal Guitar hero yang terbaru.


Guitar Hero

Rockband plak femes dengan istrument dia, kalau guitar hero support 3 instrument, Rockband nih ada keyboard player, dan yang terbaru nih guitar betul O_o pergh canggih gak dorang nih, bole cucuk guitar betul kat pelantar korang. habis camne nak tau keynote dia, lagi susah!

Keseronokan rockband nih bila kita beramai2, guitar hero pun sama gak, tapi kesangapan tuh lebih kepada Rockband. Dorang jugak ada cakap dalam Rockband : 3 terbaru nih, siap bagi tutorial ajar guitar yang sebenar dalam game, gempak!

Yang ini plak Preview pasal Rockband terbaru!

Rockband


Oh ya, instrument guitar nih compatible antara 1 sama lain, so guitar hero bole main kat Rockband, rockband pon sama gak, cuma guitar special tuh untuk rockband sahaja.

P/S : bagi andre semua game nih best, enjoy main dengan kawan2, family, sesuai gak main waktu event, kenduri kendara, bercuti ke? sebab guitar dia handy, mudah dibawa kemana sahaja :P erm kan best kalau ada lagu artis tempatan kita dalam game nih :P

So, lepas tengok preview game tuh, mana korang rasa best? Vote ya!



Antara satu, mana korang pilih?

TeamViewer 6 percuma.



Satu aplikasi monitoring yang mudah dan ringkas, senang untuk korang akses pc korang di mana2 dengan senang. Bagi sesetengah orang yang xtahu apa fungsi program nih, teruskan membaca.

Teamviewer nih untuk korang control 1 pc dari 1 pc yang lain, kira control dari jarah jauh, samada menggunkan line Internet mahupun Local, untuk aku memang sesuai kalau guna di opis kalau ada masalah PC ke, sending file ker, semua ada dalam teamviewer, untuk presentation boleh gak, korang kat umah je tunjuk slide show dari pc rumah.

TeamViewer 6


"Senanglah orang nak access PC aku", oh tak jugak, bila korang nak akses 1 PC tuh, korang kena ada kata laluan yang digenerate dari TeamViewer tuh, so safety memang ada. Setiap kali anda bukak program ini, 1 kata laluan akan kuar untuk korang berikan kepada orang yang nak akses th :)

Sila klik link di bawah untuk aplikasi TeamViwer 6 yang baru nih :P
TeamViewer 6 =)

P/S : Oh ya, korang jugak boleh prankkan orang yg tengah guna pc tuh, gerak2 kan mouse dia, mesti dia annoying gila :P

Monday, January 17, 2011

yahoo 11 untuk anda di tahun 2011!

adekah korang seorang yang yahoo? bagi aku ye, aku seorang yahoo, selain menggunakan chatting di facebook, dan skype, aku minat menggunakan yahoo mesengger yang nmpak cool, tapi entahlah, ikut kesenangan pengguna ye tak?

Yahoo Messenger 11 BETA, aku baru dapat dari yahoo, walaupun aku agak slow, versi beta nih best bagi aku sebab dia link dengan facebook, dan webcam dia tak lag berbanding dulu ;"bergantung kat connection speed korang gak".




Trylah, tak rugi pun, BETA version je pun, so kalau korang terleka chat kat YM, sebab chat facebook pun ada situ, taklah annoying sangat bunyi "plung plung" tuh hahahaha. Ini ada sedikit features tentang YM11 nih.



Oklah, nak sambung chat dengan kawan2 nih, bagi yang nak mencuba, andre sediakan link untuk korang ok?
jangan lupa add!! Sankyuu!
Jika Anda Yahoo, Sila Klik Saya!! HOooo~~

Desktop rosak? Tak boleh click?!

Anda pasti tak kering gusi melihat telatah kawan2 anda apabila mereka di hadapan laptop atau pc. Bagaimana caranya hendak perkenakan mereka dengan membuatkan desktop mereka seperti kelihatan rosak, ataupun "hang"? baiklah hari ini andreG17 terangkan caranya.

1st, pastikan anda berada di pc/laptop kawan anda semasa dia tiada, takpun dia pegi tandas kejap ke, keluar kejap ke, time tuh korang cepat2 guna pc/laptop dia. orait

1st step yang korang akan buat amik screenshot desktop tuh dengan menekan button "printscreen" di keyboard, ok, kalau lapto xsilap "prt scr" mcm tuh la kot. PASTIKAN CURSOR MOUSE anda tidak nmpak dalam screenshot tuh. sorokkan.!

1) bukak MS paint, lebih mudah guna MSpaint, anda CTRL+V atau pastekan screenshot disitu lalu savekan dalam bentuk JPEG untuk lebih cantik.

langkah 1 : ambil screenshot desktop


2) lepas save, pegi ke desktop anda, klik kanan dekat mouse anda dan select VIEW, pastu tutup Show desktop icon / gadgets. jika pengguna XP hide desktop icon ok?

langkah 2 : tutup desktop icon/gadgets


3) anda semakin hampir, baiklah, kali ini penting sebab korang nak hidekan taskbar bawah tuh, so pengguna 7 korang xleh nak drag jer bar tuh ke bawah, korang kena pegi ke properties, kuar 1 box, korang untick AUTO-HIDE tasbar tuh.

untuk pengguna XP, korang boleh je drag off bar tuh kebawah, dan jangan lupa tutup juga AUTO-HIDE ok?

langkah 3 : tutup taskbar bawah


4) hampir siap! korang dah kosongkan desktop pc/laptop kawan anda tuh, so desktop tuh nampak macam screenshot di bawah, ingat, pastikan 1st shot korang ambil tadi xnmpak cursor mouse tuh. dan pastikan Qualiti gambar tuh cantik^^

selepas langkah 2 & 3



akhir sekali, korang ambil save file screeonshot pertama tadi, klik kanan pada file tersebut dan pilih untuk jadikan DESKTOP BACKGROUND. YEAHHH sudah Siap!!

Siap! lihat reaksi kawan anda.



korang akan tengok gelagat dia click icon itu, tak boleh2, dia akan salahkan mouse la, laptop berat la, screen rosak. macam2 lagi lah. rakamkan gelagat kawan2 anda itu dan SEND kan file video tersebut ke andrefreakgamer.blogspot.com untuk kita kongsi bersama. pasti tak kering gusi.

P/S : banyak lagi cara untuk kenakan kawan anda dengan pc/laptop, teruskan mengelog blog ini, THX!

Setan tidak menangis lagi!

Devil May Cry 4: Refrain

Setan tidak menangis lagi, handphone mudah alih Iphone baru2 ini berjaya memujuk Setan2 ini. Devil May Cry 4 kini boleh dimain menerusi Iphone, 1 lagi kejayaan Capcom selain game Resident Evil 4.



Screenshot DMC4 :Refrain


Devil May Cry 4 hanya keluar di pelantar PC, Xbox 360 dan juga PS3, di iphone, hanya watak NERO sahaja yang dapat digunakan. Menurut sumber, Capcom akan meletak watak DANTE sebagai watak ke2 pada tarikh selepas game ini tersebut dilancarkan di Itunes Store.

P/S: Pengguna PSP : dekat console kami xada ke? LOL.

Sunday, January 16, 2011

PSP2 Gempak macam PS3!




Sony buat hal lagi, kali nih dorang nak buat ps3 yang boleh disimpan dalam poket seluar jer, maksudnya? PSP2 yang akan datang, dengan penuh ciri2 PS3, serta visual graphic yang cun, cukup buat korang lupakan console PS3 korang kat rumah tuh.

bagi aku ini adalah 1 kegagalan sony, cukuplah dengan PSPGO, oh yang terbaru nih, ape tuh, PsPhone? untuk apa? adakah untuk kaki2 game yang sedia ada nih tukarkan console dorang? or untuk budak2 yang baru nak kenal PS?

PSPGO tidak menggunakan UMD "minidisc", ia hanya menggunakan PSN "PlayStationNetwork" untuk mendownload game2 Original. Untuk download plak korang kena beli topup PScard, ala macam topup handset la, pastu download game mengikut harga.

Main ehem2 game? setakat nih PSP 1k,2k,3k jer support ehem2 game nih, itu pun tgk software PSP korang update ke tidak. paling last aku tau 5.03 camtu kot. PSPGO xboleh.



PSP 3000


Berbalik ke PSP2 nih, lebih kurang la same dgn PSPGO tadi, bezanya system dia, graphic dia, gameplay dia sama POWER macam PS3, tp takat mana bertahan? Ada support cooling fan x? tak panas plak kita pegang console tuh?

Cerita Pasal graphic, 1 sebab la orang akan beli PSP2 nih, tapi sejauh mana? graphic cantik pun, kalau zoom muka nampak bulu hidung pun, saiz screen tetap kecil berbanding TV kat rumah. "ala cucuk jela Cable sambung ke TV, baru best" lau camtu tak portable la namanye.

Apa plak pendapat korang?
untuk maklumat lanjut, kelik sos tiram nona bawah nih
http://kotaku.com/5732402/sony-telling-people-the-psp2-is-as-powerful-as-a-ps3

Zombie Menyerang Sekolah!




Oh yeah, zombie mencari mangsa budak sekolah, sebuah anime dari Shōji Satō. Mengisahkan dunia digemparkan apabila manusia bertukar menjadi zombie! Bermula di sebuah sekolah apabila salah seorang daripada guru mereka digit lalu dijangkiti virus pendemik, telah merebak di dalam sekolah tersebut dalam masa yang singkat.

Takashi Komuro merupakan ketua kumpulan yang sangat berani membawa rakan2 nya mencari jalan keluar bagi mengelak dijangkiti atau "dimakan" zombie2 tersebut.

Cerita yang menarik, budak sekolah pun dapat guna senjata api yang hebat, dan apa lagi menembak mayat hidup yang berkeliaran di taman anda.

Aku bagi 4.5/5 star untuk cerita nih!!

Apa tujuan blog nih?

Suka suki, but main point aku buat nih nak reveal pasal2 new games, guides, video editing, review gadgets, macam2 lagi lah, aku tak la hebat sgt, kategori "noob" la kiranya, tapi yang best dapat sharing dengan korang semua yang kaki2 internet nih.

Tak salah korang kongsi bersama apa yang korang tahu tentang game, pc, dan alat2 canggih nih la, biasalah zaman moden, budak2 kecik pon dah tau gune android phone.
aku gune henset murah jer.

so, sape2 yang nak tahu selok2 belok pasal fantasi nih, korang subcribe la, its gonna be fun. aku akan post something jika ada feedback dari korang semua. thx!

Ok, untuk post pertama aku.

Untuk memperingati kembali zaman Devil May Cry yang lepas, aku saje nak post balik video yang aku buat time study dulu, memang susah nak dapatkan no damage kalau tak tahu taktik yang betul,

Bagi aku Devil May Cry adalah satu2nye game yang aku paling sangap, rasanya nak dapatkan no damage nih aku nak berulang kali main adela lebih 90x dah. NooB tak aku? hahaha

nih video lame nero vs credo aku.